Monday 3 December 2012

Sudah sudah la tu , tutup la ~




 Semua orang mesti tahu yang aurat tu wajib ditutup kan ? 
E'eh , knapa dimerahkan perkataan tu bukannya tak nampak . Sebab , orang selalu tak paham apa maksud TUTUP . Memang , sekarang ni ramai yang pakai SEPERTI menutup aurat tapi sebenarnya idokk sempurna . Ana bahagikan kepada beberapa rumah .

Rumah Cik Pening 

Muslimat dalam rumah ni bagus sikit daripada yang lain . Kalau tanya apa itu aurat dengan pantas + yakin mereka akan jawab = seluruh tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan .
Nampak , boleh bagi 101 % untuk jawapan tu . Memang tepat . 

Tapi , bila tengok cara mereka berpakaian ada silapp sikit . Ana senaraikan sikit cara mereka berpakaian =-

Baju longgar , lebih punggung /

Tudung cukup cukup dada x
Hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada mereka” [TMQ An-Nur (24):31]. 

Seluar tak nampak bentuk /

Pakaian tak jarang /

Stokin , tak pakai x

So , markahnya 60/100 . Memang kalau SPM Dunia dah lulus , tapi kalau SPM Akhirat nanti  
taktau laa . Antum nak ke tak lepas SPM Akhirat ?? Takat SPM Dunia tu apala sangat , antum semua kan smart smart belaka . Mesti pass punya . Tapi , SPM Akhirat lain sikit skema nya . Jadi , pandai pandailah ye .
 
Rumah Cik Lupa 

Akhowat dalam rumah ni dah bagus cuma ada something wrong somewhere sikit .
Kenapa cakap macam tu ? sambill kening diangkat naekk . Takkan antum tak nampak kot , pakai tudung singkat , baju pulak ambekk yang adik . Kenapa , tak cukup baju ke kakak sampai nak kena ambekk baju adik . Adik tu pulak yang kena pakai baju kakak .

Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya.” [TMQ An-Nur (24):31].


Paham dakk ? Meh , nak terang sikit . 'Perhiasan yang biasa nampak darinya' apa tu ?
Gelang ? Rantai ? Cincin ? Mesti itu yang antum fikir kan ??
Bukan la , perhiasan yang kat sini adalah tubuh badan . Yang biasa nampak darinya tu apa pulak ? Mestilah muka dengan tapak tangan . Okey , harap masukk la dalam hati tu yerr =)

Rumah Cik Jahil

Yang ni paling spoilt antara semua , sedih ana tengokkk . Mereka ni nak kata miskin tak miskin cuma tak mampu nak beli kain kot . Memang ini yang selalu dikatakan oleh Mak Cik jiran antum kan kan ? 

Nak kata takdak yang nasehat rasanya dah cair taek telingar mereka tu . Tapi , taktau la mungkin petunjuk belum sampai kot . Tapi , kita kena ingat bahawa petunjuk tu bukan kena tunggu tapi kena cari . Ingat konsep tu . Kita kena ingat nikmat iman itu Allah yang beri, bila2 masa saja Allah boleh tarik balik . Jadi , apa yang boleh kita buat ialah memeliharanya   seperti kita memelihara maruah kita malah lebih lagi .(Alamak terlebih sudah  ^_^ ,dari aurat ke tazkirah pulak... ho ho~~) 

Hidayah tu ada kaki , dan dia boleh lari . Manakala , Taufiq pulak ada tangan yang akan tangkap balekk Hidayah tu bila dia lari =D ingat ni !

Last Warning , aurat tu bukan rambut je Cik Sayang ^-^v

Nota hati : Jika tak menarik atau tertarik jangan marah . Ana baru cuba =)